Posts

Showing posts from December, 2018
Image
TAJUK: TERJUMPA "MUTIARA" DI POS TENAU Muka bahagia kerana suasana yang tenang. 17/11/2018 (SABTU) Perjalanan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dari pukul 8 pagi menuju ke Pos Tenau dengan menaiki bas ke SK Ulu Slim untuk singgah di Hari Keusahawanan yang diadakan adalah persinggahan terakhir sebelum bertolak ke Pos Tenau. Banyak juga aktiviti menarik yang diadakan. Ketika kami menjejakkan kaki di sana, kami disambut dengan baik oleh penganjur majlis. kami bergerak dari booth ke booth yang lain untuk membeli makanan dan juga melihat aktiviti yang dijalankan di setiap booth. Kami kemudian menyambung perjalanan dengan menaiki lori ke Pos Tenau. Ini adalah sebuah pengalaman yang tak akan pernah dilupakan. Sakit perit hanya empunya badan yang merasa. Dalam perjalanan, hati tetap teruja walau penuh dengan rintangan untuk sampai ke destinasi. “Semoga berbaloi”, ucapku dalam hati. Tugas sebagai urus setia juga dibahu. Gambar 1: Kad setiap pelajar yang ter...