Perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lampau. Masa kita ditemani dengan para sahabat yang sentiasa berada di sisi kita walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Sahabat itu seperti mutiara. Sangat bernilai dan berharga. Perpisahan mungkin menyebabkan kita kian menjauh antara satu sama lain. Namun, percayalah di sebalik perpisahan itu akan ada hikmat yang kita tak pernah tahu kesudahannya. Selamat membaca.



Puisi Perpisahan Tentang Persahabatan Antara Kita


Perjalanan Hidup yang Mengajar Erti Perpisahan




Sahabat..
Kita pernah mengharungi badai hidup ini bersama
Bahkan kadang kala kita pernah tersandung dan jatuh
Kita pernah menyingkirkan duri-duri yang merintangi dalam meniti hari
Semua itu telah kita lalui bersama untuk mengekalkan erti persahabatan

Jalan hidup kita mungkin berbeza
Namun engkau tetaplah sahabat terbaik bagi ku
Dan sekarang perpisahan jua lah yang akan memisahkan kita
Walau peritnya sukar untuk kita tanggungi

Hanya doa mampu ku hadiahkan untukmu
Yang boleh aku berikan mungkin untuk yang terakhir kali
Tapi.. Percayalah..
Semoga Tuhan mempertemukan kita
Untuk hari esok yang lebih bahagia


Aku akan terus merindukanmu
Setiap saat dan waktu..
Masihkah kau ingat saat kita mulai membesar bersama
Di dalam kelas kita duduk semeja..
Saat-saat itulah yang ku rindukan..
Bahawa kaulah separuh dari masa kecilku

Hanya melalui puisi ini aku boleh mengucapkan terima kasih
Terima kasih untuk semua kebaikan dan ketulusanmu
Aku akan selalu mengingatinya meski waktu kian berlalu
Semoga engkau selalu diberkati

Sahabat, kehidupan ini adalah hamparan samudera yang luas
Kita renangi dan kita selami kedalamannya
Untuk mencari tiram di dasarnya, dan kita petik mutiaranya
Berharap ada yang bermakna pada setiap kehadiran dan pertemuannya



Dengan bahtera tulus kebersamaan kita berlayar
Untuk saling menjaga dan saling percaya
Dan saat ini.. Saat dimana kita harus lalui waktu
Waktu dimana kita harus mulai maju
Maju untuk sesuatu harapan baru

Mungkin saat ini kita akan berpisah
Namun semua itu hanyalah sementara
Karena aku akan kembali dan harus kembali
Bukan untuk sekadar mengenang dan menanti
Puing-puing masa lalu bersama mu
Namun kerana rasa rindu yang mengahantui tersemat di kalbu
Dimana ada engkau dan orang-orang terdekatku
Bersama kita mengenang masa lalu..


Ribuan ucapan terima kasih kepada para pembaca yang sentiasa dalam ingatan. Semoga puisi ini mampu menyedarkan kita betapa pentingnya erti sebuah persahabatan. Ketahuilah betapa berharganya seorang sahabat saat kita berada salam waktu sukar. Tidak ada hal apapun di dunia ini yang lebih baharga dari sahabat sejati. Sekian terima kasih.

Comments

  1. Good friends are like stars . you not always see them . But you know that they are always there πŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely dear reader. A good friend is like a four leaf clover; hard to find and lucky to have.

      Delete
  2. Yuhuuu...dapat trbang ke udara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebarkan sayapmu. Terbanglah setinggi burung rajawali.

      Delete
  3. Ungkapan-ungkapan yang amat indah.

    ReplyDelete
  4. Coretan tentang sahabat..sememangnya menyentuh perasaan. Hargai sahabat. Jangan saling menjatuhkan. Selalulah bertaut dan membangun serta melangkah ke hadapan bersama.
    Terima kasih mengingatkan saya tentang perjalanan persahabatan saya suatu masa dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Sahabat yang baik takkan pernah meninggalkan antara satu sama lain walau apa keadaan sekalipun. Through "thick or thin", they will always be there for you.

      Delete
  5. Sahabat itu indah..kita kena hargai sahabat kita..ayat yang penuh makna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Hidup akan menjadi lebih indah dengan kehadiran para sahabat.

      Delete
  6. Uish.. Hebat!! πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  7. Uish.. Hebat!! πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Kawan biar beribu, tapi dalam beribu kawan belum tentu boleh memegang satu gelaran istimewa, iaitu 'SAHABAT'. Kawan boleh dicari, tapi sukar bagi kita mendapatkan satu 'SAHABAT' yang sentiasa ada apabila kita susah, sentiasa ada bila kita perlukan. MARRIANE TANG, kau lah 'SAHABAT', kau la 'ADIK', kau juga lah 'KAKAK' dalam kehidupan harian saya. Jarak ini bukan satu penghalang bagi kita untuk terus berSAHABAT. Goodluck there my beloved BFF. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan memang beribu tapi mungkin sepuluh antara seribu sahaja yang boleh bergelar sahabat. Thanks for being my BFF. Goodluck too Jane.. Kecapilah kejayaan ini bersama-sama.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

learn Kayan language (basic)